Tiga wanita pengguna setia produk Dermova telah terpilih menjadi Face of Dermova. Ayuh dengarkan apa pendapat mereka tentang kesemua produk jenama lokal bertaraf antarabangsa ini!
Syahindah Reoslan, 28, guru sekolah Putrajaya
“Saya kenal produk Dermova daripada Founder nya sendiri iaitu Kak Love. Dah lama sejak saya belajar di IPG lagi. Saya mula gunakan produk ini sekitar 2018 dan hanya menggunakan moisturizer sahaja, namun tidak konsisten kerana ketika itu ada satu jenama skincare lain yang sudah lama saya guna. Tetapi, sejak mengandungkan anak pertama, skincare lama sudah tak berkesan lagi. Jerawat naik agak teruk bagi saya yang tak pernah ada masalah kulit sebelum ini. Hal itu membuatkan saya nekad konsisten dengan Dermova sejak 2020. Pada masa ini, saya telah gunakan full set skincare Dermova – cleanser, serum, moisturizer dan skin tint.
“Jujur pada awalnya saya susah nak percaya produk lokal kerana pernah breakout teruk gara-gara satu jenama skincare lokal. Tetapi berbeza dengan Dermova. Saya percaya dan yakin dengan Kak Love kerana saya tahu tak mungkin dia akan keluarkan produk yang tidak bagus, lagi-lagi dia adalah bekas pelajar perubatan.
“Sebelum menggunakan produk Dermova, saya mengalami masalah kulit berjerawat, kering di bahagian pipi, tetapi terlalu berminyak di T-zone sehingga ada blackhead yang teruk sekitar hidung. Sejak menggunakan Dermova, saya sedar produk ini berbeza daripada jenama lain di luar sana. Daripada packaging, tekstur dan paling seronok adalah result yang memuaskan hati saya. Kulit saya terasa lebih segar dan bermaya, malah bintik hitam di hidung juga semakin kurang. Masalah kulit berminyak dan kering juga tiada lagi.
“Saya ambil masa empat bulan untuk dapatkan kesan kulit seperti sekarang. Sebab masalah bintik hitam yang agak teruk. Jika kita pernah dengar daripada klinik kecantikan yang menyatakan agak sukar untuk mengatasi masalah bintik hitam yang teruk, tetapi Dermova hanya mengambil masa selama empat bulan untuk saya nampak kesan yang positif.”
Huda Mohamad Fikri, 28, staff nurse
“Saya adalah follower Kak Love di Instagram sejak tahun lepas lagi. Selalu lihat dia share skincare routine dan makeup tutorial. Tetapi awalnya saya agak takut untuk cuba produk baru, tak nak ambil risiko jika produk tidak sesuai dengan kulit saya. Namun pada tahun ini, saya cuba juga sebab kulit saya break out terutama pada bahagian dagu mungkin kerana memakai mask terlalu lama. Tidak sangka pula Dermova sesuai dengan kulit wajah saya.
“Saya mula gunakan Dermova pada Mei tahun ini. Baru nak masuk set kedua. Kulit saya adalah jenis combination & sensitif, ada masa akan jadi terlalu kering terutama pada bahagian pipi. Sampaikan akan rasa gatal kerana terlalu kering. Saya dapat lihat hasil yang baik setelah konsisten menggunakan Dermova selama dua ke empat minggu. Slowly, but surely. Kulit terasa lembap, pori wajah berkurangan dan jerawat kecil sudah hilang. Jika jerawat baru naik, saya akan terus apply Dermova Hydrating Acne Serum, the next day jerawat dah kecut.
“Sejak mengenali Dermova, saya dapat rasa ia lembut pada kulit dan mampu mengekalkan kelembapan kulit. Untuk Hydrating Skin Tint pula saya suka sebab ia bukan saja sebagai makeup, malah boleh mencegah dan merawat masalah jerawat pada masa yang sama. Dermova sememangnya menggunakan bahan-bahan terbaik yang diperlukan kulit.”
Zurita Zainul Abidin, 31, pekerja kilang & bisnes
“Saya mula menggunakan Dermova sejak awal kemunculannya lagi pada 2018. First try, memang dah dapat rasa ia bukan calang-calang produk. Dermova cukup berbeza daripada produk jenama lokal yang lain. Saya suka dengan tekstur gel moisturizer yang sangat fresh apabila disapu pada wajah. Paling best, kesemua produk Dermova menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi tanpa sebarang bahan kimia berbahaya.
“Saya mempunyai masalah kulit yang sensitif, berminyak dan ada masanya kering, berjerawat – halus dan batu. Dermova Hydrating Acne Serum & Dream Skin Gel Moisturizer membantu saya pulihkan kulit yang breakout teruk. Sementara pencuci wajahnya pula benar-benar dapat membersihkan wajah hingga ke dalam pori. Hydrating Skin Tint pula dapat melindungi kulit daripada sinaran UV, jerawat dan sesuai dipakai setiap hari.
“Setelah konsisten menggunakan kesemua produk skincare Dermova, kulit saya yang breakout teruk sudah semakin pulih, jerawat cepat kecut, parut semakin pudar dan kulit wajah sentiasa nampak lembap.
“Masalah kulit saya agak teruk, jadi saya mengambil masa yang agak lama untuk serasi dengan Dermova. Dalam tempoh dua tahun, skin on off naik jerawat. Bermula awal Januari 2021, kulit menjadi semakin teruk dan hampir putus asa. Suami cuba pujuk saya untuk terus konsisten dengan Dermova. Akhirnya, pada sekitar Jun 2021, saya berjaya dapatkan kulit idaman yang bebas jerawat dan parut semakin pudar.
“Untuk jaga kulit dengan betul, saya akan cuci muka dan massage lembut selama 60 saat. Apply Dermova Hydrating Acne Serum lebih pada bahaagian berjerawat. Sapu moisturizer tidak berlebihan sewaktu kulit sedang berjerawat. Lakukan double cleansing dan perlu rajin exfoliate skin. Saya juga jaga pemakanan, kurangkan manisan, kekacang, belacan dan seafood. Banyakkan minum air kosong, selain tukar cadar setiap seminggu ke dua minggu.”