Sudah menjadi kebiasaan semua daripada kita membersihkan wajah setiap hari pagi dan petang. Namun adakah anda yakin yang anda telah bersihkan muka dengan elok selama ini? Sebenarnya, apakah langkah terbaik dalam membersihkan wajah supaya segala bahan yang terkandung dalam pembersih muka dapat diserap dengan baik?
Berapa lama masa yang perlu diambil untuk bersihkan wajah dengan elok? Pakar menyatakan bahawa seeloknya, anda perlu mencuci muka selama 60 saat untuk pastikan muka anda betul-betul bersih daripada segala kotoran. Langkah ini sangat penting terutamanya jika anda mengalami masalah kulit seperti jerawat dan pori tersumbat.
Kenapa 60-sec rule ini penting?
Pakar menegaskan teknik ini penting untuk membolehkan pencuci muka menyerap dengan lebih berkesan ke dalam kulit. Pada tempoh waktu itu, segala kotoran, habuk dan sisa mekap dapat dibersihkan dengan baik sehingga ke dalam pori.
Sepanjang tempoh 60 saat, anda bukan saja perlu menggosok lembut wajah, tetapi perlu juga fokus mencuci pada kawasan penting iaitu T-zone, hidung, tepi telinga, bawah dagu dan juga leher anda. Setelah wajah telah betul-betul bersih, barulah mudah produk lain seperti serum dan pelembap untuk menyerap dengan baik ke dalam kulit anda.
Gunakan pencuci muka yang lembut dan menggunakan bahan tidak berbahaya pada kulit. Selain ada bahan-bahan tertentu yang dapat memberi fokus pada masalah kulit yang anda alami. Jika selepas mencuci wajah, anda dapat rasakan yang kulit terasa ketat dan tegang, itu bermakna pencuci wajah itu mempunyai bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda. Ia boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.
Kesimpulannya, sangat penting untuk mengkaji sesuatu produk terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan membeli. Semak bahan-bahan yang digunakan. Pastikan semuanya tidak memberi mudarat pada kulit anda.