Alami kesan segar pada wajah dengan tiga langkah skincare penting setiap hari. Bermula dengan pencuci wajah Dermova, diikuti dengan serum dan pelembap.
Langkah Pertama:
Mulakan dengan Dermova Glow Cleansing Cream untuk bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang kotoran dan cela. Pencuci wajah ini membantu anda dalam mendapatkan wajah cerah berseri selepas penggunaan. Diperkayakan dengan allantoin, salicylic acid, tea trea oil dan aloe vera yang amat bagus untuk melindungi dan melembutkan kulit, selain mampu mengurangkan pori wajah serta mengandungi antioksidan.
Langkah Kedua:
Diikuti dengan Dermova Hydrating Acne Serum. Selepas mencuci wajah, ambil dua ke tiga pump serum pada telapak tangan. Tekan lembut pada seluruh wajah sehingga serum meresap ke dalam kulit. Serum hyaluronic acid yang diformulakan dengan Melaleuca alternifolia (tea tree) leaf oil ini dapat membantu anda melawan masalah jerawat, juga mengurangkan kesan parut akibat jerawat.
Langkah Ketiga:
Langkah terakhir yang juga amat penting, anda perlu kekalkan kelembapan semula jadi kulit dengan Dermova Dream Skin Gel Moisturizer. Pelembap ini diperbuat daripada hyaluronic acid, vitamin E, STIMU-TEX® AS dan bahan lain yang bermanfaat dalam mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit. Ia membantu memberikan kesan kulit wajah yang lembut dan segar sepanjang masa.